Laman Utama

29 Disember, 2011

Usia Emas Usia Penuh Cabaran

From: hishamudin.alli
Sent: Thursday, 15 December 2011, 22:38

Melihat perkembangan generasi terkemudian, terdiri dari anak anak dikalangan kita, kehidupan era kini, dengan ledakan teknoloji yang saban tahun berkembang dengan pesat, ibarat mengejar Gunung Pondok, yang kian lama kian terbarai dengan arus pembangunan, lagi dikorek, ditarah sekitarnya, meleperkan mukabumi, gunung menjadi bukit, lama kelamaan menjadi kawah pula, laksana baru diletupkan dengan ledakan larva yang keluar dari perut bumi.

Terkehadapan dengan ledakan ini, diambil dengan pelbagai dimensi, mengubah pola fikir, arus pemikiran dan bersosialisasi antara kalangan generasi ini, mengubah perspektif dan halatuju dan harapan yang berbeza. Lagi dihambat, lagi jauh ia pergi.

Hampir sahaja, perubahan drastik ini, terlihat cara pembelajaran telah jauh berubah, pelbagai sumber rujukan dan kefahaman diadaptasikan, ada yang bersifat mengubah halatuju dan persepsi, ada yang begitu dinamik, ketinggalan daya pemikiran, membungkam meninggalkan cara hidup lama ke halatuju baru, yang mana pengharapannya, dan olahannya membina dunia baru, dunia tanpa sempadan.

Aplikasi terhadap cara hidup untuk survival semata telah mengubah minda pemikiran abad kini, dengan pendekatan yang menjuak perbedaan, antara "generation gap", jelasnya, kita yang sudah dihujung usia, kena harungi perubahan drastik ini dengan adaptasi keatas apa yang diketengahkan kini, melesukan pemikiran, lagi hidup terkehadapan, lagi jauh tak tercapainya pencapaian.

Hajat hati nak pencen awal, namun, tuntutan zaman, menggerakkan pemikiran, macam mana nak survive, dalam arena kehidupan yang berubah.
Perubahan tetap berlaku, mahu tidak mahu, kita harus hadapi perubahan itu.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan