Laman Utama

23 Januari, 2011

%0: Kita dan Usia

Sent: Sun, 23 January, 2011 13:26:43

Cliffordian 73/78: Kita dan Usia
 
    Beberapa peristiwa berlaku dalam tempuh seminggu ini. Kita mengira  hari untuk menapak di angka usia 50 tahun, ironinya ada antara kita yang belum sempat mengcongak, tiba-tiba angka itu telah menjengah di jendela usia walau kad undangan belum dititip untuk menerima perkhabarannya.
    Tidak terkecuali,  termasuklah aku yang meraikannya dengan ucapan bagai desir angin berlalu apabila anakku mencium pipi dan menyapa kata "Happy birthday, abah" sewaktu melangkah keluar dari kereta menuju gedung ilmu. Sewaktu aku melamun melayani lagu retro, deringan irama handphone berbunyi. Anakku dari KL juga mendesirkan alunan yang serupa.
    Alhamdulillah, syukur padaMu, Ya Allah memberi aku peluang menghirup lagi udaraMu untuk aku terus melihat anak-anakku menempuh kedewassan dengan ada tempat untuk meledakkan api amarah, jika ada yang tidak kena dalam perencanaan hidup. Aku insaf dengan kebesaranMu, mereka ada tempat mengadu, mengeluh juga meletus mercik gembira. Aku tidak dapat mengadu atau berbuat begitu waktu seusia mereka kerana bapa mengadap Ilahi dalam usiaku yang masih mentah kehijauan.
    Subhanallah, Maha suci Engkau yang melaksanakan gembira anak-anakku seperti dalam setiap doaku. "panjangkan umur aku, aku tidak mampu untuk melihat anak-anakku berduka tanpa ayah. Amat perit dan jerih yang pernah aku lalui,   yang Engkau bentangkan padaku dalam menuju kedewasaan " Aku redha PadaMu aku panjatkan kesyukuran kerana Engkau makbulkan doa hambaMu ini.
    Taniah pada rakan-rakan yang lain, dapat mengecap dan mengucupi angka 50 ini. Kita sebenarnya dirahmati tanpa kita sedari. Aku juga berdoa rakan-rakan lain akan bersama dapat menuju ke garis ini dalam sihat walafiat. Amin.
 
    Peristiwa kedua mengusik tasik tenang ini apabila menerima perkhabaran sahabat yang pernah aku tertanya , dalam jangka masa 30 tahun, dimana gerangan?...dan amat gembira aku bila bertemu kembali setelah kesekian lama, iaitu pada tanggal Jan. 9, 2010 di Candan Galeri. Tanyalah pada Sham, Zubir, zairul, betapa aku teruja dalam perjalanan ke KL untuk bertemu kamu-kamu semua.
    Amat aku berharap agar kita terus berhubung dan terus bertemu, bercerita tentang keluarga, tentang anak-anak kita dan lagi..... dan lagi.
    Maksud aku perkhabaran yang mengusik tenang tasik hati ini bila saudaraku Aiznin Sairi, yang kesihatannya terganggu akhir-akhir ini. Pada saudaraku, Aiznin,  aku panjatkan doa dalam munajatku agar Allah SWT memberi kesihatan sediakala padamu.
    Sedarlah aku, kita sedang bermain dengan usia........... Ya Allah, dalam hening ini aku mohon Engkau sihat kemabali saudaraku Aiznin Sairi....cukup...pada usia begini, bila kita bermonolog, emosi akan terusik.........
 
Gunsmoke
Yasin Ismail


Tiada ulasan:

Catat Ulasan