Laman Utama

06 Januari, 2011

Dagang Pak Malau. IV - IX (...posted by Sham)

Sent: Fri, 24 December, 2010 1:48:35

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata rosak binasa. Binasalah badan dengan kata kata yang tidak pernah ada kawalan keatasnya. Ikut rasa badan binasa, beginilah bidalan dan peribahasa peribahasa yang diperturunkan sepertimana dalam Sejarah Melayu Melaka.

Kehebatan peribahasa dan bidalan yang digambarkan, adalah menerusi pengalaman dalam perjalanan kehidupan, yang mana itu adalah laluan kehidupan, sejak wujudnya manusia dibumi, jalan ceritanya sama, tempat dan keadaan diketika yang berbeza.

Ilmu Kemanusiaan, masih melalui jalan yang panjang, melalui umur dunia yang bakal kecundang, tatkala matahari terbit dari barat. Tatkala itulah hakiki kemanusiaan, akan berhadapan dengan kerja buatnya, ditempoh umur kehidupannya di dunia ini.


Date: Thu, 23 Dec 2010 13:16:29 +0000
Subject: Re: [7378] Re: Dagang Pak Malau.

Sesampai di LCCT KLIA, hari sudah hampir gelap, cahaya natahari telahpun mahu menginap di balik balik kesuraman malam. Aku meneruskan destinasiku ke Sentral dengan bas, sambil menikmati gulai tempoyak, di Tingkat 2 di Sentral Food Court, bak sirih pulang ke gagang, tambahan pula di Spura tadi hanya beralaskan roti naan semata, dengan air mineral.

Meriah sunnguh suasana di Changi Airport, dengan kebanjiran barangan berjenama dan bebas cukai, disamping itu juga, musim jualan sempena hari natal. Aku sempat juga menyambar 2 pasang Levis, yang sememangnya tiada saiz sebesar itu di Malaysia, inilah payahnya, orang orang besor, macam diriku, yang ramainya di benua Amerika.

Sambil meneliti kehebatan struktur Singapura, yang dikenali sebagai entrepotnya, survival kehidupan masyarakatnya, yang kebanyakannya bekerjaya selaku "service orientated base", dalam setiap aspek kehidupan menyara kehidupan. Rata ratanya adalah golongan pertengahan, dan masyarakat yang bekerjaya, golongan pemodal pemodal mengharapkan mereka ini bagi menjayakan kegiatan memaksimumkan keuntungan, tidak hairanlah ramai warga asing dari negara negara Asean mencari untung diri di Pulau ini.

Sebentar lagi suatu destinasi dari Kuala Lumpur ke Kangar, akan dilalui perjalanan sejauh kurang lebih 500 km.

Selamat Malam rakan rakan, Dagang Pak Malau Dagang Bertempat, Dagang hamba menagih rindu.


Date: Thu, 23 Dec 2010 13:57:19 +0800
Subject: RE: [7378] Re: Dagang Pak Malau.

Hari ini, seawal jam 11 pagi, check out dari tempat penginapan, 2 star kind of budget hotel, saiz biliknya, muat untuk katil, nak berlunjurpun serasa penat, tapi iyu cuma sekadara melelapkan mata, dan mandi manda serta bersolat, cukuplah sekadar itu, untuk pedagang picisan, hanya cukup sekadar apa yang menjadi keperluannya. Singapura ni, kalau hendak datang pun , elok ler sebelum krismas, kalau yang ade kelebihan untuk belanja kearah barangan yang bermutu tinggi, yang pastinya dari jenama jenama yang lebih mengutamakan jenama, banyak terdapat disini dan ditawarkan dengan harga kurang dari 50 persen. Waktu itu sahaja yang boleh dibeli, kalu waktu selain dari itu, untuk dibayar lebihan untuk kos pengiklanan dan pemasaran, serta kos kos yang tersembunyi. Sesuatu elemen barangan untuk dihargakan, adalah menurut prinsip, kos barangan siap dicampur, kos sewa kedai, kos gaji pekeja, kos pengurusan, kos storage, kos pengiklanan, kos pemasaran , kos pengangkutan, dan kesemua kos kos yang di campur itu dijadikan kos barangan akhir dijual pada pengguna, dan juga cukai eksais, jika tidak disebutkan , nanti Om Amir, akan perbetulkan.

Kelmarin, dalam rancangannya, nak bangun awal awal pagi dan ke Marina Bay, tapi, beg yang dibawa, dijinjing., terasa berat, dengan buku buku dan makalah, serta beberapa pasang jeans Levis, yang dibeli di Orchard Street dan buku juga disitu Kinokuniya, rangkaian buku buku yang terbaru sampai dipasaran antarabangsa,, bagi yang gemar akan pembacaan sesuatu isu isu baru dalam pasaran. Sudah pasti, ketika ini, harga runtuh yang ditawarkan, harga yang benar benar jualan untuk melupuskan setok setok lama dan diganti dengan setok setok baru.

Semasa coretan ini ditulis, sedang berehat rehat di Terminal 2, Changi Airport, gunakan Wifi, free dari Malaysia Airlines. Memang bagi pedagang picisan, apabila berada diluar negara nya sendiri, maka jika berjumpa dengan suku sakat nya , ia akan berasa lebih selamat, teringat pengalaman di New York, rakan se Asia menjadi pilihan, walaupun Pakistan, India, Indonesia, Singapura, ianya lebih ramah dari orang orang tempatan, yang kurang melayani kerenah pedagang picisan ini.

Mulai awal tahun depan, agak terkelibat dengan urusan urusan kerja dan penyelidekan, minimumnya 2 Tahun, maksimumnya 5 Tahun. Serba serbi akan dijadualkan dan disesuaikan menurut keadaan. Moga suasana baru ini dapat diadaptasikan, untuk mencari dan terus mencari untuk keterbukaan dari sudut lokaliti dan pengekspot kepada apa yang boleh dikeluarkan.

Sekian, jumpa malam nanti, sambung coretan Dagang Pak Malau.



Date: Wed, 22 Dec 2010 22:51:48 +0800

Sesampai di Airport Changi, Air Asia di terminal 1, inilah kali pertama ke Singapura dengan Air Asia, dolu dolu naik Singapore Airline dan Malaysia Airlines, ikut sajalah kemana arah penanda arah itu ditujukan, menginap bermalam di sekitar Aljunaid, tak padan dengan nama Arab, namun pekannya adalah dipenuhi dengan masyarakat pedagang serba serbi, ada yang menegur sapa, apa mahunya ya, rupa rupanya pedagang seni untuk menerima langganan, aku terasa kaget dengan kepesatan kota singa yang rata rata jurujual di pasaraya pasaraya besar di Takashimaya, Orchard Street, di takluki dengan warga Filipina. Kerja yang nak dibuat, selesai sebentar cuma, namun penantian untuk penerbangan pulang adalah keesokannya.

Malam ini kepenatan dengan perjalanan yang jauh, sejak dari malam semalam, tidor hanya tidor tidor ayam, keesokannya, merancang keluar awal dari tempat penginapan, untuk menuju ke Marina Barrage, melihat lihar keindahan empangan, menyulingkan air laut untuk kegunaan penduduknya.

Selamat malam, rakan rakanku.


> Date: Wed, 22 Dec 2010 03:49:43 +0000
>
> Dagang Pak Malau Dagang Bertempat, Dagang Hamba Membujur Lalu. Beginilah keadaan merantau di negeri asing, emas jua dipandang orang, namun apakan daya, tangan tak sampai.
>
> Suasana subuh hening dipagi hari, sebelum fajar menyinsing, telah sampai ke hentian di stesen Bukit Jalil, sesudah subuh, mengorak langkah ke LCCT, Om Amir keletihan barangkali, sessi kerjanya berakhir jam 7 tadi pagi, mungkin ketiduran lagi dia, hebat rakanku seorang ini, kerjanya tidak membilang waktu, biasa baginya berada di kantornya 16 jam seharian. Lebih lebih lagi diusia setengah abad, begitu beliau bekerja mencari rezeki, aku terlantar di Lounge LCCT, menunggu penerbangan jam 12 30 ke Singapura.
>
> Dimana sambungannya ya, aku diusulkan untuk menamatkan zaman bujangan, lantas diatur hari penentuan, diatur proses taaruf dengan bakal pasangan, lantaran apa nak dihantar maharnya. Aku tidak banyak pilihan, Volkswagon Bettle ku dijadikan sandaran, dijual pada yang berminat, untuk biaya pernikahanku.
>
> Apalah yang ada, pada anak bujangan ini, yang baru menapak membina kerjaya, namun apalah yang dapat dikumpulkan, hanya sekadar mampu biaya yuran pengajian dan sarahidup untuk bulan ke bulan, adakalanya termakan bulan, serasa terharu diketika itu, waktu waktu berjinak dengan bank dengan Kad Kreditnya, namun apalah yang boleh digadaikan, pendapatanku tidak seberapa, nilai hutangku hanya seribu cuma untuk dipusing putar. Itu cuma kisah kisah lalu, yang bisa diterobos fikiran, manalah nak dicari lebihannya, serasa amat tegar sekali waktu itu, keperitan hidup berkeluarga, meleraikan banyak kekusutan. Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
>
> Aku serasa begitu fokus dengan pengajianku di malam nya, saban siangnya di ladang menyelia kerja. Sehinggalah dihujung hujung pengajianku, tidak kemana aku dan keluarga bersiar, mahupun makan angin bertukar hawa. Kesibukan itu telah menghadkan itu semua, jika kelapangan dari tuntutan pengajian, aku pulang ke desa pingitan, menziarah siapa yang masih ada, mahu melihat kabar ayah, disusuri di perkebunannya di Pasir Raja, berhampiran Empangan Chenderoh, manakala di Kota Lama Kanan, tinggallah ibu saudara sebelah ayah, manakala untuk melihat perkhabaran ibu, menjelajah jauh sedikit ke Kampong Pandan, Kuala Lumpur.
>  
>
> ------Original Message------
.
> Sent: Dec 22, 2010 2:49 AM
>
> Kisah berdagang ditempat asing dari tempat kita dibesarkan, memerlukan masa dan menilai akal budi disesuatu tempat, sudah jenuh dengan interaksi demi interaksi, namun kampung halaman jua dikenang kenang, hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri.
>
> Diluar jendela, kelihatan hujan renyai renyai menyusuri jalanan, di rempuh Banjaran Titiwangsa, menerusi terowong diantara gunung gunung, memecah rasa kesunyian malam.
>
> Namun bicara nostalgia, tadi terhenti disekitar Semester 4, diakhir Semester 4 disusuli dengan proporsal dari rakan seperguruan, maka pantas dan lantas, anak bujangan tidak harus berseorangan terlalu lama, maka, diusulkan dan di usulkan pada keluarga dikampung untuk menyusuri lembaga adat, diijab qabul, dipertengahan semester 5, disekitar tahun 1986, Ogos, tanggal 7hb, aku menamatkan zaman bujanganku dengan usulan dari rakan rakan. Apa diharap padi diseberang, entah jadi entahkan tidak.
>
> Hidup disusuri bidalan sebegini, membuat aku terus bernostalgia dan segar di memori ingatan, walaupun biografi ini ditulis dan dicatat, perkara perkara silam yang berlaku , lebih seku abad.
>


Tiada ulasan:

Catat Ulasan