Laman Utama

06 Januari, 2011

Dagang Pak Malau I, II, III (... posted by Sham)

Sent: Wed, 22 December, 2010 1:23:36

Serasa amat baru, seolah olah berlaku kelmarin, rupa rupanya telah melebihi suku abad ditelan usia, mana mungkin, itu semuanya bermain dalam fikiran, sambil menikmati kedinginan bas diwaktu malam, kulihat dijendela, diluar bulan menerangi langit malam, disampok Bapak Amir, sebentar tadi, maka sudah lama jua kehabisan setok untuk menikmati cengkih yang asapnya beropol ropol itu.

Begitu aneh sekali, bagaimana peristiwa yang lama ditelan masa, masih diingat, diamati, agar ianya tidak membuak kepada pisang berbuah kedua kalinya.

Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji diatas peti, Hutang emas bisa dibayar, Hutang budi dibawa pergi. Kesayuan keatas sesuatu peristiwa dalam sejarah kehidupan, yang berpanjangan ingatannya.

Baru sebentar tadi, melintasi di Changkat Jering, sepasukan anggota polis trafik menadakan sekatan jalan di lebuhraya panjang, merungkai kegawatan panjang dalam sejarah ekonomi, dimana dirasakan inilah kegawatan yang paling dahsyat dalam sepanjang sejarah gawat, melihat slogan slogan yang ada, Rakyat Diutamakan, rakyat jugalah kena latu dengan kompaun kompaun yang meleret, mana mungkin , kita yang kerdil bisa terlepas dengan kompaun kompaun yang mencengkam, diikuti dengan kompaun kesalan trafik, terkejut dengan angka, RM 24000, apakah mahu dilunasi, atau bisa saja, idak usah dibawa mobil yang tidak pernah rasa mengerti untuk dibawa menurut perundangan kendiri, dilamun dengan kompaun Suruhanjaya Syarikat, penalti sehingga RM 34000, sedangkan, yang menjadi Pengarahnya, adalah bekas Tentera Pensiun, yang menjalankan kerja perkebunan, membawa diri yang bobrok harapan. Namun apa dayaku untuk membicarakan ini, yang diluarnya enggak bisa masuk lagi, maka yang dalamnya dicanda dan dicambuk agar bisa memenuhi kantung perbendaharaan.


-----Original Message-----

Date: Tue, 21 Dec 2010 15:14:22
Subject: Re: Dagang Pak Malau.

Sememangnya takdir itulah yang berlaku, namun suratan yang sudah punyai erti yang tersirat, tidak memampukan kita dan mengira bahawa ada duri dalam daging, yang lama kelamaan membawa barah yang mendatang. Semuanya adalah kenang kenangan hidup, yang dibayangi apa yang telah lalu dan terus berlalu ditelan zaman.

Perjalanan ke Kuala Lumpur diteruskan, meredah kegelapan malam yang panjang, serasa kesunyian pabila melalui suasana malam yang sepi, dengan kedengaran deruman enjin bas menuju destinasi.

Aku terkejut dari lamunan tidur, rupa rupanya bas berhenti di Jitra, mengambil penumpang yang ke Kuala Lumpur, terkial kial, dimana catatanku terhenti.

Sebaik sahaja habis cuti sakit, aku bekerja semula dengan light duty, namun kerjaku memerlukan penyeliaan diluar ladang nan luas, pergilah menyelinap di tunggul tunggul kayu yang reput ditelan bumi, di tepian ladang yang masih ada sempadan hutannya, aku menyelinap di ketebalan hutan, sambil membaca nota nota hafalan untuk dijadikan burung nuri, yang diulang ulang dan umpama latahan Pak Pandir, bertaruh dan tergadai kampung halaman. Teruk juga dan mengeluh panjang, untuk mengubah dan membebaskan diri dari belengu dan lingkaran hidup, yang amat sukar dipintas dengan roda roda hidup yang sedia dengan terasa susah dan peritnya kehidupan di desa pingitan. Tak dipecahkan ruyung, mana mungkin sagunya dirasai.

Aku meneruskan pengajianku disemester kedua, setelah tertangguh selama satu semester, namun penangguhan itu banyak memurungkan aku dari terburainya kasih, aku banyak bermuram durja, disemester kedua pengajian, tersiksa dengan kenangan, namun kehidupan perlu diteruskan, dan sememangnya mengubahl ingkaran kehidupan, memerlukan pengorbanan apa sahaja dari dunia keseronokan, lebih lebih lagi rakan seangkatan bujangku telah ramai yang menamatkan zaman terunanya.

Susah dan sukar memujuk hati yang terluka, namun apa yang berlaku telahpun berlalu, dan tidak mungkin ianya akan menjadi kenyataan, yang telah dimileki orang lain.

Sebaik sahaja melangkau semeater 3 dan empat, aku telah mengadaptasikan setelah lama bermurung, hampir 2 tahun, bermuram durja, seolah olah pungguk merindukan bulan.

-----Original Message-----

Date: Tue, 21 Dec 2010 14:01:27
Subject: Dagang Pak Malau.

Sekitar perjalanan dari Kangar ke Singapura adalah memakan masa kurang lebih 12 jam, dimulai dengan menaiki bas Transnasional, seketika dulu dipunyai oleh suatu institusi yang dinamakan Majlis Amanah Rakyat (MARA), yang seketika di panggil RIDA, semasa zaman British Malaya, (1956), institusi yang dipertanggongjawabkan untuk membina masyarakat bumiputera yang mampu berdaya saing, tapi yang malangnya, kakitangan dan pemudahcaranya, hanya melemahkan keadaan, dan daya saingnya makin suram.

Hilangnya fungsi Mara, yang ramai dikalangan usahawan bumiputera, secara ironisnya ibarat layang layang putus tali, terawang awang di langit luas, menunggu dibawa angin, sehingga kemana menjunamnya tujuan.

Namun Transnasional telah beralih tuan, diswastakan, diambilalih pengurusannya, namun identiti dan imej transnasional telah melangkau jauh, walaupun ada semula pesaing barunya, Maraliner.

Transnasional inilah yang menjadi pengangkutan jarak jauh antara bandar, seketika dahulu, semasa mula mula ditempatkan di negeri Perlis, 1982, berulang alik dari Kangar ke Ipoh, untuk menjengah kampong halaman, acapkalinya, sebulan sekali, namun setelah memasuki sessi pengajian luar kampus di tahun 1984 hingga 1988, kekerapan berulang alik diselang seli untuk 3 bulan sekali, disemasa cuti pertengahan semester dan cuti semester. Itupun diawal awalnya pengajian, diakhir semester pertama, telah terlibat dengan kemalangan jalan raya, akibatnya patah peha kiri, dan terlantarlah di Hospital Besar Alor Setar, kurang seminggu 6 bulan.

Aku sering bernostalgia, pabila transnasional ini dinaiki dan membawa ke destinasi Kuala Lumpur, untuk diteruskan ke LCCT KLIA, keesokannya untuk ke Singapura. Memori dahulukala , disuatu ketika, entah kenapa dan bagaimana terungkainya cinta abadi dan pertamanya, berderai menyembam bumi, ini semuanya adalah gara gara terlantar di katil Hospital Besar Alor Setar, aku sudah tidak bisa jalan, dirawat disitu sehinggalah tulang baru tumbuh kembali, kenangan bersama, di Minden, Maktab Perguruan Pulau Pinang, disitulah meluluh hancurkan perasaan, yang bisa merobek apa yang selama ini diharapkan suatu pengharapan yang tinggi, namun ianya luluh dipertengahan jalan, semuanya itu adalah suratan takdir.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan