Laman Utama

05 Januari, 2011

Alhamdullilah dan terima kasih Tuan Lt Kol Nordin Mansor

Sent: Wed, 15 December, 2010 20:16:08

Terlebih dahulu teman memanjatkan doa kesyukuran kepada Allah swt kerana atas limpah kurnia Nya dapat teman berjumpa semula dengan sahabat lama teman Nordin Mansor aka Lapok aka Andy King.

Dari Kuala Lumpur kami bertolak ke Port Dickson, Cif, YB VP, CPO, Chan, Megataf, Duan Nasib, dan teman. Chan yang datang naik bas dari Taiping tiba lebih awal. Kami sempat makan tengahari di pejabat Cif, terima kasih Cif, sungguhpun simple makanan nya tapi sebab di sediakan dengan kasih sayang maka sedap segalanya dan mengenyangkan. Alhamdullilah dan sekali lagi terima kasih.

Bertolak kami bertujuh dalam dua kenderaan jenama JERMAN. Teman memandu kereta Cif dan si CPO memandu kereta beliau. Pecuan CPO amat deras sehinggakan tidak kelihatan dihadapan kami.

Namun telah berjanji untuk singgah sebentar di R&R Seremban untuk menunggu beberapa sahabat lagi yang telah berjanji untuk bersama sama meraikan kenaikan pangkat sahabat kita.

Setiba di R&R Seremban kami disertai oleh Ismail Ibrahim dan Norizan. Kemudian BJ muncul tiba menyertai gerombolan kami. Sham katanya akan menunggu kami di PD Golf Club tempat yang dipersetujui. Maklumlah Sham dengan tugas beliau tidak mengizinkan beliau bersama kami dari KL.

Tidak payah disebut beberapa panggilan telefon yang dibuat oleh CPO mengajak sahabat sahabat yang lain. Rasa nya wang ringgit yang dihabiskan untuk memanggil sahabat sahabat yang lain telah berjumlah berjuta juta rupiah.

Setibanya kami di PD Golf Club, kami perhatikan Sham telah lepak dengan segelas teh tarik. Lalu bersalaman lah kami semua. Masih mesra masih akrab dan masih menunjukkan kebudak budakan masing masing.

Lama juga kami di PD Golf Resort, sambil menunggu kami mendapati berita bahawa Ajih Berojin dan Usop Shah akan tiba dan Tuan Om Amir akan datang kabar nya.

Setelah berminom dan bermakan kami pun didatangi oleh tuan rumah Nordin Mansor. Beliau telah menghabiskan petangnya bermain golf dan kalau diperamati dari poket nya, ada menang petang tadi.

Wajah Tuan Nordin kita masih serupa, masih ceria dan senang senyom semeyeh nya. Setelah dudok merehatkan diri dan saling berjabat tangan, mula lah cerita masing masing. Kenangan lalu di ingatkan semula tapi kali ini diiringi dengan hilai ketawa dan senyoman panjang.

Tiba lah masa kami berangkat ke Dewan Bankuet, PLPBB PD. Bangunan yang tersergam indah, mercu tanda komitment kerajaan Malaysia terhadap melatih perwira dunia dalam menyertai missi missi pengaman PBB.

Kami dapati meja bulat tersusun indah dan alangkah terkejut kami kerana pelayan sedia bagaikan bidadari turun dari kayangan melayan kami. Memandangkan ianya kawasan tentera, gelak ketawa kami tidak lah seriuh dan tidak lah segalak petang tadi.

Makanan yang disediakan ala masakan Negeri Sembilan, maka bersantap lah kami dan ya! sudu garpu kami tertib tiada berbunyi dan memang stail menjamah makanan, tapi teman bedai ajer.

Terkejut lagi kami apabila sahabat kita, memperkenalkan bidadari dari kayangan untuk bersama menjamu makanan dan menghiburkan kami kemudian.

Selesai makan, kami dijamu dengan teh tarik kurang manis dan kopi O kaw ala tentera. Dalam masa ini juga Om Amir dan body guard nya muncul. Hebat hero kita dengan pakaian seragamnya.

Sepenantian dalam bercerita, sempat pula tuan rumah mendendangkan lagu untuk kami selaku pembuka tirai selepas Megataf mendendangkan dua lagu.

Begitu lah kami sehingga jam 1230 malam. Embun jantan sudah mula bertapak maka kami pun meminta diri dari tuan rumah yang memberi ucapan yang amat bermakna sekali kepada kami. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.

Begitulah ceritanya pertemuan sahabat sahabat yang merantau jauh dari kampung halaman dan bertemu semula.

Namun yang pasti, sahabat ku Nordin Mansur masih serupa masih segak sajak dan masih Nordin Mansur yang ku kenali dahulu. Yang memberi pengajaran kepada ku semasa di 4Sc2 dan semasa di MINDEF.

Tuan, teman tabik tuan sekali lagi dan Tuan, memang teman menghadiri mess dinner pakai black tie dan segala implikasi berkaitan dengan black tie tu. Cuma teman ni dari Naval Reserves dan semestinya Regular Forces will always outrank me.

Terima kasih Tuan. Mohon izin menjalankan tugasan lain Tuan.


--
Aiznin Sairi bin Sulaiman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan