Laman Utama

05 Januari, 2011

Keheningan Malam (... posted by Sham)

Sent: Tue, 7 December, 2010 23:50:36

Sudah seminggu berlalu dengan ketiadaan isteri dirumah , kerana menjaga bapa mertua di Kedah Medical Centre di Alor Setar, suatu proses yang merenggangkan keadaan suasana rutin kehidupan. Beginilah perasaan yang ditinggalkan pergi, bagi yang kehilangan isteri yang apatah lagi yang tidak kembali untuk selamanya, pasti merasakan suatu kehilangan, sepi tak keruan, bagi Mior Puaat, Amaludin John, dan yang sewaktu dengannya, serasa itulah yang dirasai bagi yang kehilangan sesuatu yang sukar dicari ganti, pabila sudah tiada, baru terasa, suatu kehilangan yang sukar disuratkan. Semasa ada, serasa ianya suatu perasaan yang sukar diluahkan. Hanya yang kehilangan itu, dapat menyelami sesuatu yang hilang dan sukar diluahkan.

Perpisahan itu adalah suatu yang amat pahit untuk digambarkan dan untuk dicoretkan dalam bentuk tulisan. Beginilah coretan dan perasaan yang dialami bagi yang telah melaluinya, hampir setahun, dua tahun dan serasa ianya amat sukar dalam mengharungi kehidupan tanpa teman bicara, samada di sore dan dini hari.

Bagi yang masih ada, rukunilah dengan sketsa kehidupan yang harmonis, dan meruntun erti kehidupan berkawan dan kita tidak lepas dari runtunan itu, dengan melalui kehidupan yang masih bersisa.

Begitu panjang melalui malam malam yang mendatang, lebih lebih lagi suasana sepi yang berpanjangan, menjadikan malam tak menemui siang, keesokannya.

Selamat Malam rakan rakan, agar dijagai kerukunan yang sedia ada, dan bersabar kepada yang melalui perasaan yang sama.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan